Wednesday, 24 December 2008

Bas

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)...

Friday, 19 December 2008

Romantik & Kosmetik

once upon a time.....

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik,
sambil
berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: Oh gitu....kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang
kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie...begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih
tersebut untuk bersiar-siar...tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul
kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk
daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu....buto ko!!!!!, tak nampak ko
sayang aku nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)...sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang...cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua...selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga...2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa
anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman...kat Jepun adalah....apa lah awak nie
Isteri: ?????????, kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie...cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie...dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu...
kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie,sapo nak bagi
makan kek anak kito tu....yang mengado2 nak jadi bintang tu buek apo???
Isteri: Abe nie tok supo dulu....tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh
tok comey lagi
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do....

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga
tersebut....tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu
(mungkin
tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....

Isteri:
Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie....buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
Isteri: Sob...sob...sob...
moral : keh keh...lu pikir la sendri

Thursday, 18 December 2008

TEKA TEKI LAYAK DIBERI PENAMPAR..



1) Minyak ape yang disukai oleh kaum lelaki?

Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak tak kesah la EPL/Euro/FIFA and apa2 lagi lah.


2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

Answer: Kuih salah bikin.


3) Binatang ape power Karate?

Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.


4) Siape yang menemukan dompet kulit?

Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada

saye.


5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'


6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

Answer: Pembohong...


7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?

Answer: Usus


8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

Answer: Kutu rambut


9) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?

Answer: Neneknye si katak


10) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'


11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?

Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'

- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan' (cuba pikir dalam2)



12) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe


13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

Answer: Tukang gali kubur


14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?

Answer: Tahi hidung


15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?

Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...


16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile

ape...


17) Gajah terbang dengan ape?

dgn susah payah



thanks to alangrock for giving me this~
:)


Tuesday, 9 December 2008

Kedai Tak Untung


tak de pape nk paste...ni pun bole...

Fakta Yang Terkena

selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.

Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yang boleh buat kerja….

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung…
Jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

MANA AKU TAK LETIH!!
Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

Saturday, 6 December 2008

cErItA TeNtAnG AkU ^-^

WaH!!!!Makin meriah blog nie kan...

Sowei bebanyak yer kwan2 semua kebelakangan nie sayer a.k.a tiut terlalu lah sibuk...Sampai nak meng'update' blog pun tak sempat...Hah dikesempatan nie...Sayer ingin memperkenalkan diri sayer yang serba kekurangan nie...
Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

  • NaMa PeNuH .::. SiTi ZuLaIcHa BiNti MaRzUKi
  • NaMa ManJeR .::. IkA (kalu kat umah), IeChA (dikalangan member), TiuT (dikalangan rakan2 maya)
  • aSaL .::. PaHaNg YaNg BeSt
  • BuFdAy .::. 16 mAc 1990 (tahun kuda)
  • StUdY @ KeRjA .::. MaSiH StUDy lAgI KaT KoLeJ WaT PeRsEdIaAn PeGi InDoNeSiA aMbIk CoUsE fArMaSi (iNsYaAlLaH KaLu pAs tAhUn dEpAn fLy)
  • Ym/FrIeNdStEr .::. iecha_1316@yahoo.com
  • sKyPe/MsN/mYsPaCe .::. tAk wAt LaGi
  • HaRaPaN uNtUk BlOg nIe .::. MaKiN dipEnUhI dEnGaN AdMiN2 YaNg BeRkAKiLeBaR (berkaliber) mEnGutArAkAn PeNdApAt2 dAn IdEa2 yAnG bErNaS dEmI mEmAjUkAn BloG kItEr BerSaMa Ini...
  • hArApAn uNtUk KeNgKaWaN .::. HaRaP pErsAhAbAtaN kItER SeMuA KeKaL WaT sElAmAnYa..WaLaUpUn TaK pErNaH bErSua Muka KiTeR sEMuA DaH MaCaM SaTu KelUaRgA...
  • TeMpAT gAtHerInG .::. DaLaM maLaYsIa (cUtI2 MaLaYsIa)
HaH!!!nie lah serba sikit sal sayer...
Wat kawan2 lain tu cepat lah cerita yer...
Tak sabar nak tau tentang kalian pulak...
Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

AidilAdha & Korban


Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Friday, 5 December 2008

duiT rayA



aku DAZZ wakil kepada sume ahli blog ni dengan suke ati telah mengambil duit raya dari "PAKCIK DOTDOT"..
terima kasih atas pemberian duit raya dari anda...
errr.. amik 3 keping tu sebab kitorang ramai kalau amik sekeping jer camne nk wat korban.. xkan nak korban kan si fisau lak..
isi xbanyak tu.. muahaha...
:n3s_07:

Thursday, 4 December 2008

Malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......
:n3s_07:

Monday, 1 December 2008

Award



PERTAMA SEKALI SELAKU ADMIN KAT CNI
NAK UCAP KAN RIBUAN TRIMA KASIH
PADA BLOG
...aku..insan yang berdosa...
Kerana Sudi Memberi
..Blog Neh Award..
&
..Membaca Cerita Yang Ckup Sensasi Disni..



Perbezaan

Waktu Lunch :: perbezaan lelaki dan perempuan

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau


Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana , tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk..
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tg korang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

Sahabat Kitenye Crite : Barbiezaza86



Name : Norhafizay Hashim
Nama Manja : Zaza, Fizei, Sayang (utk yg berkenaan saje..hehe)

Asal : Di Kampung Tawang, Dalam Daerah Bachok, Di Negeri Cik Siti Wan Kembang

Bestday : 19 Mac 1986 (Mude lg yek...haha)

Study @ Keje : Keje da.. As Setiausaha Kat Kementerian Kewangan Malaysia (Orang Kayo Yang X Kayo-kayo..hehe)

Blog : Xde Blog Coz bz manjang..heheh..ckup la ade blog nie utk disumbangkan kala xde keje..huhu

Ym/Friendster : fanthagiro86@yahoo.com.my

Harapan : Smoga kiter sume dikurniakan otak yg bergeliga utk menceriakan hariku yg skrg nie sentiase mendung jek..(tensen duit x ckup, tarikh kawen bape bulan jek lgik..hoho)

Best Place 4 Gath : erm aku ikut jek mane korg nk wat coz malaysia nie sume best ..caye lah.. Malaysia Boleh!!! We love our country....

p/s : tue jek la yg dpt den bgtau..lau nk tau pape lgik jgn segan2 tanyo den yo..wassalam adios...
 

.:: KITE NYE CRITE ::. © 2008. Design By: SkinCorner