Sunday, 30 November 2008

Sahabat ; FiSaU

Ketua Kampung Cerite Kite

Nama;
Saufi, pggl sau @ sopi

Asal;
Melaka.


Bufday;
9/14

Study @ Keje;
Study agi ler
SMK

Main Blog;
..??????


ym ; fisau66@yahoo.com/fisau92@yahoo.com
skype; fisau_stylo
msn; neh majlis sukan negara kew.???
frenster; fisau66@yahoo.com/fisau92@yahoo.com
myspace; fisau92@yahoo.com

harapan utk blog nih;
maju lar belog neh untuk diconteng

tempat yg rasa best utk gathering;
x tau...bkn aku akan datang pon....
haha...

Sekian FiSaU d[-_-]b


Saturday, 29 November 2008

SAHABAT ; MARI BERKENALAN...

blog nih..
ader admin lama..
ader admin baru...

apa kata...
kalau kita citer psl diri kita masing2 dulu yok...

mcm sessi orientasi lahh..
bukan aper..
jz nk kukuhkn lagi frenship nih jerk...

if u all dun mind laa..
sila la share...

  • nama (tk kesah la fullname or nama manja ...manjer?? erkk..!)
  • asal (lahir katner.. n currently location)
  • bufday (tak nak kasi tahu tahun biler pon tkper...)
  • study or keje.. (kalau study katner... klu tk kesah nk bgtau la.. )
  • main blog ( kasi pomot ckit lah tuh.. hehehhe)
  • ym / skype / msn / frenster / myspace (klu tk kisah nk share la)
  • harapan korg utk blog nih...
  • tempat yg korg rasa best utk kiter sumer gathering.. erkk?? mungkin... 1 fine day... hehehe...

ok sahabat.. nk reply... buat jerk new post ek... :) tq...

nanti beta reply beta punya yer...

:)

Assalamualaikum; Warkah

ehem....
assalamualaikum sume..
Sory Lar Korang Klo Aku Lambat Post Kat CNi Kos xder idea...
Kepada Yang Rajin MengHAPDATE blog neh aku ucap kan time kasih...
& Pada Yang Bru2 Post tuu UPKAN agik posting Anda k...

Alang2 Menyeluk Pekasam Bior Sampai Ke Pangkal Lengan

KEPADA PENGUNJUNG BLOG NEH & ADMIN2 KAT CNI
NEH FISAU NAK MENJEMPUT KORANG SUME UNTUK SINGGAH KEW PORTAL/FORUM/WAREZ @ YANG SEWAKTU NGAN NYER

NEH ALAMAT NYER

[KOMUNITI HIBURAN MASA KINI]

Friday, 28 November 2008

Surat Cinta

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Orang Kaya & Orang Miskin




Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !


ps:::TQ 4 reading.... -^_^-

Teka-Teki Gitu-Gitu Apek

Penat kerja kan? Kita jawab teka-teki dulu ya. Release tension you...

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha...

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la... sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???Teka.. teka.. kalo terer!Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar... hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut 'EPI BESDAY'

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??Jawapan: Sebab tak hujan... aduhai!

Dahlah malaslah nak tanya lagi... soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Hampeh>>>>>>>>>>.

::surat chenta::

kepada : 3rd

assalamualaikum..

ai ted.. aku nk gtau ni.. kat tempat aku pon mendung..
semendung ati aku..
ekekke
tu jer la aku nak bagitau


daripada :daz
memoridazz [klik nama]

Thursday, 27 November 2008

HaRi MaKin MenDuNG

Sebenarnya aku tak tau nk tulis per ni.. idea aku dah tandus dah.. dah macam2 aku pikir lam otak nie heheh.... Anyway tanz la pada korang2 yang rajin updated blog nie .. Hari makin mendung tu bg aku la bg korang tatau la lak kat sini asik mendung jer ujan ari2.. bot2 kecil dah kene jalan pakai raincoat da..
er per lagi aku nk taip nie,,
ampun yer aku menulis tanpa diminta nie

anyway jmput la masuk blog aku -3rd - [klik nama]

beza laki dgn pompuan

AKU LELAKI, KAU WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah
Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg
banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -
1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa
anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh. BERATKAN !
3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya.BERATKAN !
4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki
mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggong.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya. Wanita
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar
rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak
ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg
tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan anak anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap
4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya
ALLAH pada wanita .... kan
WALLAHUA'LAM

1 Tamparan 3 Pertanyaan

1 Tamparan 3 Pertanyaan


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanahair.Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorangguru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawabpertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau sya ita n diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuatdari api, tentu tidak menyakitkan buat sya ita n. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan di tampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api , jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yangmenyakitkan untuk syaitan.

TQ to Barbiezaza86 For This Message

Wednesday, 26 November 2008

Pantun Ketat, Memikat, Tersendat

BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG

BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK "GARIS',
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
bILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

Aku dan Kamu

awak,
ini kali pertama,
saya tulis puisi cinta..
tanpa mengcopy dari mana-mana puisi,sajak..
atau lirik lagu…
awak tau kenapa?
Sebab awak..

Awak,
Saya tahu saya bukan insan seni,
Saya budak bisness,
Ekonomi, marketing, matematik,
Bidang saya..
Sastera, madah pujangga..
Tak pernah pun tertulis dalam kamus hidup saya..
Apatah lagi puisi cinta..

Tapi,
Mengenali awak, mengubah diri saya..
Saya bukan lagi budak sivik macam dulu,
Berkepit dengan buku, menghadap computer 24 jam
Sekarang ni saya dah pandai..
Baca novel-novel cinta..
Apatah lagi novel ayat-ayat cinta..
Siap dengan movienya lagi saya tonton..
Agar dapat saya cipta kata-kata puitis untuk awak
Dan belajar apa itu ertinya cinta…

Awak,
Dulu awak selalu kata kat saya..
Saya manusia robot,
Tak ada perasaan.. tak tahu menghargai insan sekeliling…
Kata awak.. walau gempa bumi sekalipun,
Saya tetap tak akan sedar,
Sebab saya terlalu leka dengan dunia saya..

Dan lagi,
Kata awak,
Saya juga tak akan sedar seandainya satu hari nanti,
Saya akan terjatuh cinta,
Tambah-tambah lagi kalau orang itu adalah awak..
Saya tahu awak bergurau..
Sebab tu saya tak ambik kisah pun..
Pada saya.. siapalah awak waktu itu..


Tapi saya silap,
Awak sekarang ini berada dalam hati saya..
Malah terlalu dalam di pelusuk hati saya..
Hingga tak mampu lagi bagi saya,
untuk keluarkan awak dari situ,
Tempat yang paling istimewa dalam hati saya,
Hanya awak yang pertama dan terakhir…

Hari ini,
Saat saya mula belajar untuk menghargai orang lain,
Menyayangi diri awak,
Mencintai awak,
Awak pergi jauh dari saya… jauh sangat…
Hingga tak mampu lagi saya gapai awak..
Dan melihat awak walaupun dari jauh..

Benarlah kata awak..
Saya mungkin akan sedar,
Dari dunia saya apabila orang yang saya sayang,
Akhirnya pergi…Tinggalkan saya…
bersama dunia saya..

Awak,
Waktu itu saya masih tak faham sangat dengan kata-kata awak,
Saya ingat, itu salah satu joke awak..
yang dah boring tengok saya,
Dengan calculus saya, algebra, ekonomi… dan macam-macam lagi..
Sampai awak boleh kata kat saya..
“Awak ni Manusia robot ye? Macam citer terminator tu..”
Tapi sekarang ni,
Saya dah faham maksud awak tu…
Maafkan saya sebab terlambat menyedarinya,,

Awak,
Kat sini hari ini..
30 julai 2008.. 12.46 a.m
Air mata saya tumpah lagi awak..
Waktu saya mengimbas kembali saat terakhir saya lihat awak…
Dibawa pergi dari saya…
Sebab saya tahu perginya awak tak akan kembali lagi,
Awak pergi untuk selama-lamanya..
Tak akan kembali lagi…



Awak,
Saya rindukan awak,
Saya rindukan gelak ketawa awak..
Saya rindukan senyuman awak..
Saya rindukan gurauan awak..
Saya rindukan segala-galanya tentang awak…
Tapi sekarang ni,
semuanya tinggal kenangan..
sebab awak dah tak der..

Awak,
Ayat-ayat cinta saya dah tak bermakna lagi,
Hanya yang mampu saya lakukan,
Mengiringi pemergian awak,
Dengan selautan doa yang tak putus-putus,
Sejak dari hari awak pergi jauh dari saya..
Moga awak bahagia di sampingNya..
Dan seandainya tiada cinta lain..
Untuk saya…
Akan saya simpan cinta saya ini..
Untuk bersama awak..
Di akhirnya..

Awak,
Mata saya dah layu,
Tubuh saya dah letih..
Penat sangat hari ini..
Banyak program yang saya kena handlekan
Macam dulu-dulu..
Cuma kali ini berbeza..
Sebab awak x der dah di sisi saya…
Saya berhenti dulu di sini awak…
Lain masa bila terluang,
Saya akan menulis lagi untuk awak..
Sebab hanya dengan cara ni,
Saya dapat ubati rindu saya pada awak..
Dan saya paparkan disini..
Agar orang lain dapat berkongsi rasa dengan saya..
Selamat tinggal sayang…
Moga lenamu aman seperti hari-hari kelmarin…
Salam sayang dariku…
p/s:aku bkn jiwang yer.....

Tuesday, 25 November 2008

Jika Ia Sebuah Cinta..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak mendengar..
Namun sentiasa bergetar..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak buta..
Namun sentiasa melihat dan merasa..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak menyeksa..
Namun sentiasa menguji..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak memaksa..
Namun sentiasa berusaha..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak cantik..
Namun sentiasa menarik..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak datang dengan kata..
Namun sentiasa menghampiri dengan hati..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak terucap dengan kata..
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak hanya berjanji..
Namun sentiasa cuba memenangi..

Jika ia sebuah cinta..
Ia mungkin tidak suci..
Namun sentiasa harmoni..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak hadir kerana permintaan..
Namun hadir kerana ketentuan..

Jika ia sebuah cinta..
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan..
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..

Jika ia sebuah cinta..
Pasti ianya setulus kasih ADAM & HAWA..

Monday, 24 November 2008

:: DAZ & 10M ::

bila saja aku melangkah ke blog ni..
hati aku meronta2 ingin menjadi salah sorang admin kat blog..
mana la tau..
kot2 klu join blog ni leh jadi glemer..
tapi tujuan sebenar aku menjadi AJK blog "kitenye crite" ni kerna 10M :


1. menghuru-harakan blog ini tanpa rasa bersalah..
2. membiarkan kehadiran aku ini membuatkan admin2 lain merasa tergugat.. (wah cam bagus je ko daz)
3. merencatkan lagi pikiran mereka yg singgah dlm blog ini.
4. menabur segala idea2 lapuk untuk diserapkan dlm blog ni
5. mencari calon suami (hahaha... mongok daz)
6. mendapat kan alaun.. (err.. leh dpt alaun ke jd admin kat sini)
7. mengkaler pelangi kan blog ini dgn cat2 murah
8. mengaktifkan otak sendiri untuk menghupdate blog ini
9. menambah kenalan (cehh ayat skema)
10. memastikan aku menjadi presiden blog kitenye cite ni..hahahha (gelak jahat)

Sekian Terima Kasih
(dah kul 5 la..aku kene pulang.. byk lg aku nk taep ni... sambung esok..)

memoridazz_hadapi dengan senyuman

No. Handphone Anda..Betul X?

Menarik… Try arr korang…

No hp anda.. betul x ?
Cuba langkah2 di bawah ini.


* Masukkan tiga nombor pertama handphone anda itu
(bukannya 012,016 atau 019) ke kalkulator.
* Darab dgn 80
* Tambah 1
* Darab dengan 250
* Campurkan empat nombor terakhir telefon anda
* Sekali lagi campurkan empat nombor terakhir tadi
* Tolak 250
* Bahagi dengan 2
Cuba tengok kalkulator,betul tak yg tertera itu adalah nombor handphone anda?Kalau tak percaya, cuba sekali lagi..

Saturday, 22 November 2008

Misteri !!!

MISTERI Disebalik Lagu Samsons - Kenangan Terindah
Kuatkan Volume Anda
(link)

Tahukah Anda

Khasiat Kentut! (must read)

WASHINGTON
: Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit
disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit
serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya
menambah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.


Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat
Hahaha....

Friday, 21 November 2008

Kebenaran tragedi Kapal terbang melanggar WTC amerika


Cuba buat n tgk...
1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY.
Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WTC tu..
3. Tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlight kan Q33 NY tu.
kemudian tukar kepada font Wingdings.
Apa yang korang nampak?
Allahuakbar...
sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu)...
kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi...
dah cube dan mmg btol.............
~Thanks To My Friendster Friend~

Thanx bro fisau !!!



Thanx bro fisau,sebab ajak gua join this comunity...err ape lagi...
hehe..gua tak pandai nak taip banyak-banyak...pape pun.Thanks for invitation!
p/s: tiru tens

arpeggio (metalwarsmusic)

KATA TANPA NAMA

Y

bg yg tidak menyukainya menyebutnya TANGGUNGJAWAB,

bg yg bermain dgnnyer menyebutnya PERMAINAN

bg yg tidak pernah memilikinya menyebutnya IMPIAN.


BUNGA tidak kembang mekar hanya dlm SATU MALAM

KOTA ROM tidak dibangunkan hanya dalam SATU BULAN

HIDUP bermula di dalam rahim selama SATU BULAN

tp CINTA... sekali hadir kekal di ingatan SELAMANYA.



jika ingin buat BLOG, blajar la membaca BLOG dahulu

jika ingin BERLARI belajarlah BERJALAN dahulu

jika ingin BERENANG belajarlah MENGAPUNG dahulu

jika ingin di SAYANGI, belajarlah MENYAYANGI dahulu...



kata bunga

: erk.. bukan jiwang ek! jz merapu :P

: p/s utk ADMINS : beta cuti sebulan blk kg, tk on9 kot..

: tolong jaga blog ek...

: fisau ko kalau nk apa2 msg jer beta tau!

: gonna miss u all..

: bye2...


:)

Asal Usul Nama Eleterik


Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

.::SaLaH TaFsiR::.

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanyaminuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupandan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing inikedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan sayamasukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akanmasukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineralitu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arakmenggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….

Komputer Terminology = BM Vs BI....Haru jadik Nye



Some computer terms translated to BM,
Don’t you think that computer terminology in Bahasa Malaysia is really weird?
Cakera Keras = Hard Disk
Tetikus = Mouse
Papan Kunci = Keyboard
CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP) - Isn’t that bit too much to ingat? Try pronouncing that without twisting your tongue or pausing to think. IMPs?
Monitor = What’s the term for this? KETUA DARJAH?
Modem = Could it be called “PEMPEND” <– PEModulasi, PENDemodulasi? Motherboard = “Papan Ibu” probably? Maybe the best motherboards can be awarded the “Papan Ibu Mithali” then? Sound Card = Kad Bunyi? Sound Blaster = Peletup Bunyi? Pipeline Burst Cache = Duite Garisan Paip Meletup? Local Bus = Bas Tempatan? Sounds good to me. VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA? Flatbed = Katil leper? OR Katil Rumah Pangsa (Flat)? WWW = Sarang labah-labah Selebar Dunia (SSD)? Sounds quite convincing to me. Then what would you call daughterboards? Papan anak perempuan? That sounds a little kinky for me :)) What about SIMMs and DIMMs and such…? *laf* wonder what would you call ink jets then Pancutan Dakwat??? What about “Plug and Play [tm]“? Hmmm..Plug and play….Cucuk dan Main??? Somehow I think not. Joystick = Batang Gembira or Batang Ria?? Damn obscene man!!

....WaNtAn MeE....

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Mat & Ah Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.... maka terjadilah perbualan ini:-
PELAYAN : nak minum apa encik?
MAT : bagi saya milo ais satu.
A CHONG : Saya mau minum itu sirap limau....
PELAYAN : ok.....makan cik?
Mat : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu..
AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"
maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula.....lalu berkata:
PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik........
MAT & AH CHONG : ???????????????????????


sendiri pikirlah.... :)

Thursday, 20 November 2008

Kerana Dia Manusia Biasa

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga...
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa .....
Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah... Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya... ..!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.
Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all.......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual2, hanya-berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.
Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya."

Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati. "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* ********* ********* *********

Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............... ... menginginkan anda ............ ... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak... Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik..

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya.. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.
Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?" "Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.." "Maksudnya?" "Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada.. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya.. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur.
Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing. "Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya. "Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.
Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu 'alam

I CAN READ IT! CAN YOU?

Ada sesiapa yg boleh baca ni?
(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm.
Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it..

Bila Lelaki Benar2 Jatuh Cinta...

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7.. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama..
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan pentingdengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya ..
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorangperempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki… hehehe
salam semua.....

hari ini 20/11 aku akan balik ker sabah tuk bercuti mmaybe jarang2 online....

so i hope u all bleh tggalkan ape2 pesan kat blog ku tu yer....

ok all selamat bercuti n maaf klo ade slh silap....

bye all.....

semekom...

.::3 MALAUN SENGAL::.

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

.::SEDAP KE HAMPEH??::.

Ali merupakan seorg tukg masak dan mempunyai kawan yg hampeh x tau masak.. Satu hari kawan dier ni yg namenye Mamat pon bertanye pada Ali rahsia masakannye. Yela sedap sgt. ape rahsianya.

Mamat : wei mcm ne ko punye masakan bley jadi sedap r..aku heran la. ape rahsianya??

Ali : xde rahsie pon. aku bubuh garam je supaya rasanye jd lebih enak..

Mamat : garam boley buat makanan jd sedap ek?

Ali : a'ah. nanti ko test r..aku gerenti mesti sedap punyerla...

Mamat pulang ke rumah dan mula memasak. Mamat menjemput Ali makan malam di rumahnya untuk merasa keenakan masakannya yg pertame kali dicuba.

Ali : tuih..apesal masin je ko punye kari ni mat?????????

Mamat : eh..x sedap ke..aku bubuh garam seguni nak bg sedap tau..

.::P@NiK::.

pada suatu ari,ada larh satu pmuda yg sdang bekerja di opisnya.....masa dia bekerja,dia terdengar satu jeritan yg kuat sangat....alfred!!!!alfred!!!!alfred!!!!anak pompuan ko si ros mati kemalangan!!!!dengan keadaan yg sunguh panik laki nieyh pon terjun larh dri tingkat 17 di bangunan opisnya...



apabila brada di udara pmuda nie sempat la plak nak teringat tiga perkara..perkara pertama yg dia teringat yg dia sebenarnya tidak mempunyai anak pompuan yg bernama ros....perkara kdua plak dia teringat yg sebenarnya dia nie blom kawin lagi..adoi...pabila pmuda ini sudah menghampiri ke tanah {hampir2 jatuh}dia teringat perkara ketiga yg sebenarnya nama dia nie bukanlah alfred.............pmuda nie pon mati la....


Hehe lawaK tak?? ^_^

Wednesday, 19 November 2008

Time Kasih Kengkawan



Kawan..
Sape pun kengkawan,
Yang baru atau yang lama,
Yang kenal atau yang belum bersua muka,
Terimalah teman ini,
Sekadar yang dilengkapi Ilahi,
Keburukan banyak tak terperi,
Namun kebaikan juga yang dipuji,
Apapun status atau darjat,
Tiada yang dapat memisahkan,
Ikatan ini bukan rekaan,
Tetapi satu ujian,
Maafkan andai dengan satu ucapan,
Ada jiwa dan hati yang terluka,
Bukan menduga tapi lumrah dunia,
Tak semua kata disukai semua,
Salam penuh keakraban,
Buat teman yang bakal seiringan,
Terimalah apa adanya diriku ini..

Thanks for invitation!



  • thanks a bunch! for the invitation (esp munga & bro sau). much appreciated!! :)

  • hope i can contribute positively to this group of 'friendship'.


  • ten (Alternative)
     

    .:: KITE NYE CRITE ::. © 2008. Design By: SkinCorner